Thursday, June 19, 2014

Help The Handicapped Or Resign From Your Post, Disabled Senator!

Suara OKU: Tolong kami…bantu kami… 

JPJ-OKU
Intan
KUALA LUMPUR, Jun 18: Beberapa  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa K. Bathmavathi yang merupakan Senator mewakili orang kurang upaya (OKU) meletak jawatan kerana gagal menjadi pemimpin golongan tersebut di negara ini.

Menurut Presiden Badan Latihan & Hidup Berdikari (ILTC),  Francis Siva, Bathmavathi tidak pernah perjuangkan hak OKU sejak beliau mendapat jawatan tersebut.

“Beliau tidak pernah sertai mana-mana bantahan yang kami adakan malah segala urusan kebajikan kami semakin hari semakin terabai,” katanya kepada pemberita semasa protes di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam.

Jelasnya, ILTC dan beberapa NGO lain yang mewakili OKU sudah menjelaskan keapada  Bathmavathi tentang semua perkara yang mereka tidak puas hati dan usaha mereka dilihat sebagai sia-sia kerana sehingga sekarang keadaan masih lagi sama.

“Khamis lepas, kami pergi ke pajabatnya kerana ada sesi berdialog mengenai bajet 2015 dan kami dapati banyak peruntukan diberi kepada golongan OKU tetapi ada di antara kami yang memberitahu elaun mereka dipotong,” katanya.

Siva turut menegaskan elaun yang mereka terima setiap bulan iaitu sebanyak RM300 tidak mencukupi kerana kos perubatan yang makin meningkat dan beliau yang lumpuh satu badan tidak mampu bekerja maka tiada pendapatan tambahan selain menerima ehsan ahli keluarga dan saudara mara terdekat.

Turut bersetuju dengan Siva adalah Presiden Persatuan Terapi Bantuan Haiwan Untuk Warga Kurang Upaya dan Warga Emas Malaysia (PETPOSITIVE), Anthony Siva Balan Thanasayan dimana beliau bersetuju Bathmavathi gagal menjalankan tugas sebagai Senator.

“Bila saya buat aduan baru Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia) turun padang dan datang jumpa saya beri bantuan dan mengapa bukan Bathmavathi?” soal Anthony.

Katanya, tujuan beliau membuat aduan adalah untuk memberitahu masalah yang golongan OKU hadapi dan bantuan yang diberi pula adalah kepada yang membuat aduan bukannya kepada golongan OKU yang betul-betul memerlukan.

“Mereka tidak faham masalah yang saya cuba ketengahkan dan mereka juga pernah memanggil kami golongan OKU yang mengada(pampered),” tegas beliau.

Menurutnya, golongan OKU dipersalahkan atas semua masalah yang Bathmavathi gagal selesaikan.

Setiausaha ILTC, Gurdip Kaur turut bersetuju dengan pandangan Anthony dimana Bathmavathi hanya menabur janji palsu kepada mereka untuk mendapatkan jawatan.

“Ini adalah satu penghinaan bagi kami yang duduk di atas kerusi roda kerana bagaimana hendak berbincang di atas sedangkan mereka tidak sediakan lif ataupun laluan untuk golongan OKU naik ke atas?,” kata Anthony.- TMT
PET+BLOGSPOT is the ONLINE BLOG of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association or Petpositive. Our stories are CURRENT, ACCURATE and RELIABLE. We offer both local and foreign news on animals, disability and the elderly. PET+BLOGSPOT was first established in October 2007. Our hits since then are now 250,000 and ever increasing! PET+BLOGSPOT is updated daily. Kindly note that views expressed in PET+BLOGSPOT are not necessarily those of PETPOSITIVE. You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.org You can also find us in Facebook under PETPOSITIVE EMPOWERMENT. Please sign up as a FOLLOWER of this Blog if you haven't done so already in order to show us your kind support for our work. Thank you!

No comments: