Thursday, June 16, 2011

Extraordinary Seminar On Disabled On Thursday

Tagged: , , ,


Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan seminar  ‘Creating a Barrier Free City-An Action for Implementation’ khusus ke arah perancangan bandar yang menekankan kepada keperluan orang kurang upaya (OKU) pada 23 Jun ini.

Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md Taib berkata seminar yang julung kali diadakan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Selangor dalam merangka pelan tindakan bagi memastikan kebajikan golongan OKU di sekitar kawasan Petaling Jaya terpelihara.

Selain itu, menurutnya tujuan utama seminar ini diadakan untuk memupuk kesedaran bagi semua yang terlibat dalam perancangan dan pembangunan dalam bandar mengikut prinsip Rekabentuk Universal(Universal Design).

“Setiap orang berhak menikmati keindahan alam kurniaan tuhan termasuk orang kurang upaya.
“Malah, seminar ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) akan diadakan di hotel PJ Hilton,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat MBPJ, hari ini.

Hadir sama, Presiden MIP, Dr. Alias Abdullah dan persatuan NGO terlibat.
Dalam sidang media itu, ahli majlis MBPJ Zon 13, Anthony Siva Balan berkata langkah untuk mengadakan seminar ini adalah satu pelaksanaan yang positif daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) memahami naluri serta perasaan golongan OKU.

Beliau yang juga mewakili golongan OKU daerah Petaling Jaya  memberitahu beberapa pembentang berpengalaman dari dalam dan luar negara telah dijemput untuk berkongsi idea di seminar ini.
“Antara topik yang akan dibincangkan merangkumi masalah tempat meletak kenderaan,tempat jalan kaki dan tandas awam untuk golongan OKU.

“Selepas sesi pembentangan, para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam sesi percambahan fikiran yang bertujuan untuk merangka pelan tindakan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Anthony berkata seminar satu hari ini terbuka kepada semua orang termasuk persatuan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) di mana orang ramai digalakkan hadir untuk memberi sokongan sosial kepada golongan OKU.

Sebarang maklumat atau pertanyaan berhubung Seminar OKU ini boleh diajukan kepada Unit Bandar Sejahtera, Nurizan Abdul Rashid di talian 03-79563544 atau Syikin, Malaysian Institute of Planner di talian 03-78770636.

Related article

Ahgilan
is a young journalist who believes that media plays a crucial role in changing the world to a better environment.also a die hard liverpool fc fan.

PET+BLOGSPOT is the ONLINE BLOG of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association or Petpositive. Our stories are CURRENT, ACCURATE and RELIABLE. We offer both local and foreign news on animals, disability and the elderly. PET+BLOGSPOT was first established in October 2007. Our hits since then are now 150,000 and ever increasing! PET+BLOGSPOT is updated daily. Kindly note that views expressed in PET+BLOGSPOT are not necessarily those of PETPOSITIVE. You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.com.my You can also find us in Facebook under PETPOSITIVE EMPOWERMENT. Please sign up as a FOLLOWER of this Blog if you haven't done so already in order to show us your kind support for our work. Thank you!

No comments: