Monday, February 28, 2011

Hawkers Can Stay Where They Are Without Harassment, Says Dr Xavier Jayakumar

Gerai untuk OKU di Taman Megah kekal

Fazy Sahir | February 28, 2011
Exco Dr Xavier Jayakumar telah menghubungi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan bercakap dengan beberapa individu berhubung perkara ini.
SHAH ALAM: Peniaga-peniaga Orang Kurang Upaya (OKU) di pasar Taman Megah, Petaling Jaya kini mampu menarik lafaz lega apabila Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar memberi jaminan agar ‘status quo’ bagi lot gerai di kawasan itu dikekalkan.

Xavier yang memegang portfolio Kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin berkata beliau telah menghubungi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan bercakap dengan beberapa individu berhubung perkara ini.

Menurut beliau, masalah ini timbul hanya kerana salah faham dan berpendapat bahawa lot perniagaan di pasar itu perlu dikekalkan kepada golongan OKU.

“Perkara ini hanya satu salah faham dan orang yang terbabit tidak memahami fakta bahawa perkara ini dilakukan dengan cara yang baik.

“Mereka perlu undi untuk berniaga dan perkara ini telah dipersetujui oleh semua. Maka saya berpendapat bahawa kita perlu kekalkan status quo dan biarkan mereka meneruskan kerja. Saya akan berbincang secarta lanjut dalam mesyuarat exco,” katanya dalam pertemuan bersama peniaga OKU,Ahli Majlis MBSJ dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Mereka hadir bagi menyerahkan memorandum yang membantah cadangan MBPJ untuk menukar lot peniaga-peniaga OKU terbabit.

Pada minggu lalu Ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng dilaporkan berkata cadangan penukaran itu disebabkan para peniaga dan pembeli mengadu berlaku masalah aliran trafik di barisan kedua lot pasar itu.

Menurut Tiew, para peniaga di barisan pertama dan kedua juga telah bersetuju untuk membuat pertukaran.
Sementara itu seorang peniaga OKU d Cha Sher Nee,39,  yang ditemui kesal dengan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit dan mahu agar lot itu kekal miliknya.

Menurut Cha, beliau bukan mahu mengungkit masalah yang dihadapinya, namun tindakan penukaran itu membebankan beliau.

Cha yang mula berniaga makanan sejuk beku sejak tiga bulan lalu itu merupakan penghidap asthma.
“Saya belajar berdikari,cari rezeki dan pendapatan yang saya terima hanya RM100-200 sahaja,itu pun kalau perniagaan baik.

“Saya bukan mahu jadi bos tapi mahu orang normal tahu saya boleh cari makan sendiri. Saya ada hak untuk berniaga di lot yang sedia ada itu.

“Gerai itu dibina untuk orang seperti saya. Walaupun belum ada perjanjian untuk saya keluar,tapi saya harap lot gerai itu diberi kepada saya,” kata Cha mewakili empat rakan yang turut mengalami masalah sepertinya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis MBPJ Anthony Siva Balan Thanasayan mahu ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Tiew memohon maaf ke atas kelima-lima mangsa OKU itu.

“Kami mahu siasatan dibuat ke atas Pua dan Tiew oleh kerajaan Selangor dan tindakan dikenakan jika didapati bersalah.

“Kami mahu deklarasi agar mangsa akan terus kekal berniaga tanpa sebarang diskriminasi oleh ahli parlimen,ahli majlis atau peniaga lain kerana niat tertentu,”katanya.

PET+BLOGSPOT is the ONLINE BLOG of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association or Petpositive. Our stories are CURRENT, ACCURATE and RELIABLE. We offer both local and foreign news on animals, disability and the elderly. PET+BLOGSPOT was first established in October 2007. Our hits since then are now 100,000 and ever increasing! PET+BLOGSPOT is updated daily. Kindly note that views expressed in this PET+BLOGSPOT are not necessarily those of PETPOSITIVE. You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.com.my You can also find us in Facebook under PETPOSITIVE EMPOWERMENT. Please sign up as a FOLLOWER of this Blog if you haven't done so already in order to show us your kind support for our work. Thank you!

No comments: