Friday, February 25, 2011

Disabled Hawker Sidelined

Peniaga OKU ditindas


Cha Seah Nee (duduk, dua dari kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan salinan laporan polis mengenai kekasaran yang dilakukan oleh kakitangan MBPJ di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 24 Feb. - Usaha golongan orang kurang upaya (OKU) untuk hidup berdikari dan mencari pendapatan sendiri ternyata tidak semudah yang dijangka.

Malah, mereka turut menjadi mangsa penindasan pihak-pihak tertentu walaupun perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga OKU apabila tapak gerai yang telah diperuntukkan kepadanya sebelum ini cuba ditukar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lebih menyedihkan, pihak berkuasa tempatan itu didakwa turut mengugut dan mengasarinya dalam usaha memaksa peniaga itu dan beberapa peniaga kecil lain berpindah dari gerai yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini.

Insiden di pasar Taman Megah di sini itu didakwa berlaku sejak beberapa minggu lalu.
Peniaga OKU, Cha Seah Nee, 39, berkata, dia tidak menyangka kakitangan MBPJ sanggup bertindak begitu kasar terhadap OKU sepertinya.

"Saya bukan peniaga haram. Saya ada lesen dan telah diberikan tapak gerai untuk saya, sesuai dengan keupayaan saya sebagai OKU," katanya yang berkerusi roda kerana lumpuh kedua-dua belah kaki.

Seah Nee ditemui pemberita selepas bersama empat peniaga lain membuat laporan di Balai Polis Sea Park hari ini berhubung tindakan kasar serta ugutan oleh pihak MBPJ itu.

Mereka membuat laporan dengan bantuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC).

Kekecewaan sama turut dialami oleh Daisy Rani, 48, yang menjual bunga di kawasan itu.
Menurutnya, dia telah diberi lesen untuk berniaga di salah satu tapak bahagian hadapan di pasar berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

"Tapi beberapa minggu lalu, pihak MBPJ tiba-tiba meminta dan mendesak kami mengosongkan tapak berkenaan dan berpindah ke bahagian belakang yang lebih jauh," katanya kesal.

Tindakan itu bukan sahaja menyukarkan kami tetapi juga akan merugikan.

"Kami tidak setuju kerana ia jauh dan menyukarkan kami untuk memunggah barang jualan," katanya.
Sementara itu, Presiden ILTC, G. Francis Siva ketika ditemui berkata, MBPJ bukan sahaja telah mendiskriminasikan golongan OKU malah menyekat peluang mereka untuk hidup berdikari.

Katanya, baru-baru ini, satu memorandum telah diserahkan kepada Ahli Majlis MBPJ, T. Anthony Siva Balan bagi membawa perkara itu kepada Datuk Bandar Petaling Jaya.

Siva Balan yang menyifatkan tindakan itu sebagai kejam meminta Datuk Bandar menyiasat perkara itu bagi mencari punca tindakan tersebut diambil oleh MBPJ.

PET+BLOGSPOT is the ONLINE BLOG of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association or Petpositive. Our stories are CURRENT, ACCURATE and RELIABLE. We offer both local and foreign news on animals, disability and the elderly. PET+BLOGSPOT was first established in October 2007. Our hits since then are now 100,000 and ever increasing! PET+BLOGSPOT is updated daily. Kindly note that views expressed in this PET+BLOGSPOT are not necessarily those of PETPOSITIVE. You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.com.my You can also find us in Facebook under PETPOSITIVE EMPOWERMENT. Please sign up as a FOLLOWER of this Blog if you haven't done so already in order to show us your kind support for our work. Thank you!

No comments: