Wednesday, July 01, 2009

Petaling Jaya Mesra OKU - Harian Metro

Petaling Jaya mesra OKU

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@hmetro.com.my

tempat laluan OKU yang akan diperbetulkan
di program Zon Bersih Seksyen 52." title="TUNJUK..Siva Balan (kanan) bersama Sharipah melihat
tempat laluan OKU yang akan diperbetulkan
di program Zon Bersih Seksyen 52." width="300" border="0" height="243">
TUNJUK..Siva Balan (kanan) bersama Sharipah melihat
tempat laluan OKU yang akan diperbetulkan
di program Zon Bersih Seksyen 52.

PETALING JAYA: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar Petaling Jaya bakal menikmati keistimewaan apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhasrat mewujudkan kawasan ‘Barrier City’ atau kawasan bebas halangan di Seksyen 52, di sini.

Ahli Majlis MBPJ seksyen itu, Anthony Siva Balan Thanasayan, berkata hasrat mewujudkan kawasan itu bermula pada 1991 namun disebabkan kurang kemahiran dan kepakaran, projek itu terpaksa ditangguhkan.

“Selain mewujudkan kawasan itu, kami juga mahu menjadikan kawasan berkenaan sebagai kawasan yang bersih, hijau dengan bau yang menyenangkan selaras dengan seruan kerajaan negeri yang mahu menjadikan Selangor sebagai negeri bersih menjelang Mei 2010.

“Dengan adanya kawasan ini nanti, tiada lagi diskriminasi antara golongan OKU dengan yang normal, sebaliknya semua dapat merasai kemudahan yang disediakan.


“Bilangan golongan OKU meningkat setiap tahun dan perlu diingat, OKU bukan sahaja bermaksud kecacatan anggota badan, tetapi penyakit seperti strok, kencing manis dan buta juga turut diambil kira.

“Kami juga teraju utama dalam menjayakan kawasan mesra OKU di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali, berkata selain seksyen 52, MBPJ turut memilih lokasi Jalan Gasing sebagai kawasan sesuai untuk dijadikan kawasan bebas halangan dan kawasan zon bersih.

“MBPJ mahu menjadikan kedua-dua kawasan ini sebagai model kepada kawasan lain yang memberi kemudahan kepada golongan OKU.

“Lawatan tapak ini juga bertujuan membuat penilaian terhadap keadaan semasa, mengkaji kesesuaian lokasi bagi aktiviti yang dicadangkan di samping mengenal pasti cadangan penambahbaikan kemudahan lain yang perlu dijalankan,” katanya.

PET+BLOGSPOT is the official online blog of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association (Petpositive).

Our blog which was first established in October 2007 currently has more than 25,000 hits. Please note that views expressed in this blog are not necessarily those of Petpositive.

You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.com.my

No comments: