Tuesday, July 14, 2009

DISABLED FRIENDLY PJ FOR OKU - utusan malaysia

ARKIB : 07/07/2009
PJ bandar raya mesra OKU

Oleh A. JAILANI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


Anthony Siva Balan (duduk) berbincang dengan Sharipah Marhaini Syed Ali (dua dari kanan) dan Abdul Ghalib Sulaiman (kiri) mengenai usaha menjadikan laluan pejalan kaki di Seksyen 52 Petaling Jaya mesra semua golongan, baru-baru ini.

PETALING JAYA 6 Julai – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menjadikan laluan pejalan kaki di bandar raya itu mesra untuk semua golongan terutama orang kurang upaya (OKU).

Apabila projek itu siap kelak, ia diharap menjadi rujukan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor serta di seluruh negara.

Projek itu merupakan sebahagian daripada Program Zon Bersih Petaling Jaya dan akan dilaksanakan di Seksyen 52 iaitu kawasan pusat bandar.

Matlamatnya ialah menyediakan laluan pejalan kaki yang tidak mempunyai halangan seperti pokok, tiang, tong sampah dan sebagainya. Ia juga akan dilengkapi tanjakan.

“Saya fikir penduduk Petaling Jaya, khususnya di Seksyen 52, akan berasa sangat beruntung kerana projek perintis ini akan dilakukan di tempat mereka.

“Laluan pejalan kaki ini berbentuk universal dan cirinya menepati standard antarabangsa. Ia akan menjadi model di Petaling Jaya dan lain-lain kawasan PBT serta seluruh negara,” kata Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), T. Anthony Siva Balan.

Beliau yang dilantik mempengerusikan Program Zon Bersih berkenaan berkata, projek itu akan dijadikan rujukan kepada semua projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Petaling Jaya pada masa depan.

“Selepas ini, kami akan memanggil semua pemaju untuk melihat pelan mereka dan menerangkan spesifikasi yang perlu diikuti,” jelasnya.

Mengikut ciri itu, semua laluan pejalan kaki mesti mempunyai tanjakan dan tidak mempunyai struktur yang berbentuk halangan bagi memudahkan pergerakan orang cacat, golongan tua dan kanak-kanak.

Program Zon Bersih dilancarkan oleh kerajaan negeri pada Mei lalu dan bagi kawasan Petaling Jaya, MPBJ telah memilih Seksyen 52.

Sehubungan itu, MBPJ telah menetapkan konsep kehijauan dan bebas halangan diterapkan di kawasan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali pula berkata, negara ini ketinggalan berbanding negara lain dalam penyediaan laluan pejalan kaki yang mesra semua golongan.

“Malah kita tercicir kepada Bangkok dan Manila dalam program ini kerana kita tidak mempunyai kepakaran.

“Tetapi jika tidak dilakukan dari sekarang, bila lagi kita akan dimulakan,” ujarnya.

Sehubungan itu, laluan pejalan kaki bangunan yang ada sekarang di Seksyen 52 akan diubah dan MBPJ akan mendapatkan kerjasama dengan pemilik premis.

Dalam pada itu, Anthony menambah, Petaling Jaya mempunyai OKU yang besar jumlahnya dan adalah penting laluan seperti itu diwujudkan.

Katanya, perubahan terhadap laluan pejalan kaki itu juga sedang dilakukan di Jalan Gasing.

“Bagaimanapun, saya sedih kerana projek di Jalan Gasing itu dikritik oleh sebuah persatuan penduduk seperti yang disiarkan dalam beberapa akhbar.

“Mereka harus melihat gambaran lebih besar. Perkara ini sudah ada lama dalam peraturan PBT tetapi diabaikan,” katanya.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan mengenai rasa tidak puas hati Persatuan Penduduk Seksyen 5 yang menganggap tindakan MBPJ membina semula laluan pejalan kaki di Jalan Gasing sebagai membazir.

Ini kerana, menurut mereka, laluan itu baru sahaja siap pada penghujung tahun lalu.

Sementara itu, bagi menjadikan kawasan berkenaan bersih dan cantik, MBPJ akan meningkatkan penguatkuasaan kebersihan terhadap premis seperti restoran dan tandas awam.

Timbalan Pengarah Kesihatan Persekitaran MBPJ, Dr. Abdul Ghalib Sulaiman berkata, pihaknya akan memastikan kebersihan di luar dan dalam premis.

“Selain itu, bangunan kedai di sini akan dicat semula. Sampah akan disapu setiap hari kecuali hari Ahad manakala longkang akan dibersihkan setiap dua minggu,” ujarnya.PET+BLOGSPOT is the official online blog of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association (Petpositive).

Our blog which was first established in October 2007 currently has more than 25,000 hits. Kindly take note that views expressed in this blog are not necessarily those of Petpositive.

You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.com.my

No comments: