Pemilik kenderaan dikenakan kompaun
PETALING JAYA – Sebanyak 22 kenderaan dikenakan kompaun dalam satu operasi penguatkuasaan yang diketuai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama pihak polis dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di tujuh lokasi berbeza di sekitar bandar raya ini, semalam.
Pengarah Jabatan penguatkuasaan dan keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop, berkata, operasi bersepadu bersama polis dan LPKP itu dilakukan hasil daripada aduan dan rungutan orang awam berhubung kenderaan berat yang diletakkan terlalu hampir dengan kawasan perumahan.
Menurutnya, penguatkuasaan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pemilik kenderaan berat terbabit kerana menghalang lalu lintas dan membahayakan penduduk serta pengguna jalan raya lain.
“Kita di pihak MBPJ tidak akan berkompromi dengan sikap pemilik kenderaan berat yang meletakkan lori dan bas sesuka hati di kawasan perumahan.
“Perbuatan ini bukan sahaja menghalang lalu lintas malah boleh membahayakan keselamatan penduduk, justeru tindakan tegas perlu diambil bagi menyedarkan pemilik kenderaan berat supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengetuai operasi bersepadu bersama polis dan LPKP, di sini semalam.
Hadir sama, Ahli Majlis MBPJ, Anthony Siva Balan, Syed Abd Malik Syed A Hamid Al Jafree, Chan Chee Kong dan Micheal Soon.
Mohd Fauzi berkata, pihaknya dan agensi terlibat akan menjalankan operasi penguatkuasaan dari masa ke masa agar pemilik kenderaan berat tidak melakukan kesalahan sama.
Katanya, kesemua 22 kompaun yang dikeluarkan dalam operasi itu adalah di bawah akta pengangkutan jalan 1987 MBPJ.
“Kita telah mengenal pasti sebanyak 32 lokasi di sekitar bandar raya ini, di mana kenderaan berat diletakkan di tepi jalan berdekatan dengan kawasan perumahan.
“Untuk itu kita akan ambil tindakan dan laporan itu nanti akan diserahkan kepada LPKP untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Dalam operasi berkenaan, LPKP turut mengeluarkan 28 notis manakala pihak polis mengeluarkan sebanyak enam saman berkaitan kesalahan lalu lintas. PET+BLOGSPOT is the online blog of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association (Petpositive) You may also visit our homepage which is www.petpositive.com.my
No comments:
Post a Comment