Thursday, January 01, 2009

Petpositive MidValley Hotels Xmas Outing in Utusan Malaysia

OKU, warga tua gembira dapatke Mid Valley

KUALA LUMPUR Seramai 31 orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas yang berpendapatan rendah diberi peluang merasai kemeriahan berada di pusat membeli belah Mid Valley sempena Hari Krismas yang akan disambut esok.

Pengurus Persatuan Terapi Bantuan Haiwan Untuk Warga Kurang Upaya dan Warga Emas (Petpositive), Anthony Siva Balan Thanasayan berkata, tujuan utama program berkenaan adalah untuk menggembirakan golongan itu.

"Secara jujurnya, kebanyakan OKU, kanak-kanak dan warga emas ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Mid Valley.

"Kita memberi peluang ini dan ingin melihat mereka merasai kegembiraan, kemeriahan, keindahan dan menikmati makanan yang sedap," katanya ketika ditemui di pusat beli-belah itu di sini semalam.

Anthony berkata, pelbagai bangsa terlibat dalam program tersebut dan kebanyakan mereka bekerja secara kecil-kecilan, menjual tiket, berniaga dan membuat kerja-kerja ringan mengikut kemampuan fizikal mereka.


No comments: